Background Info
KUMPULAN PENYELIDIKAN TAMADUN ASIA BARAT YANG AKAN DITUBUHKAN INI ADALAH BERTEPATAN DENGAN MATLAMAT DAN OBJEKTIF FAKULTI SERTA KEPAKARAN YANG ADA. KUMPULAN YANG AKAN DITUBUHKAN INI BERTUJUAN UNTUK MEMBANGUNKAN KAJIAN AKADEMIK DAN DASAR DALAM PELBAGAI ASPEK BERKAITAN RANTAU ASIA BARAT. INI MERANGKUMI ASPEK KETAMADUNAN, POLITIK, HUBUNGAN ANTARABANGSA, EKONOMI, BUDAYA, SOSIO-EKONOMI DAN PERKEMBANGAN SEMASA DI RANTAU INI. RANTAU ASIA BARAT ADALAH MERANGKUMI NEGARA-NEGARA SEPERTI BAHRAIN, OMAN, QATAR, ARAB SAUDI, EMIRIYAT ARAB BERSATU, KUWAIT, YAMAN, JORDAN, LUBNAN, SYRIA, IRAQ, PALESTIN, ISRAEL, TURKI, SUDAN, MESIR, CYPRUS, AFGHANISTAN DAN IRAN. PAKISTAN, ARMENIA, AZERBAIJAN DAN GEORGIA JUGA SEBAHAGIAN DARI RANTAU ASIA BARAT. OLEH YANG DEMIKIAN, CAKUPAN NEGARA- NEGARA RANTAU ASIA BARAT DI BAWAH KUMPULAN INI ADALAH LEBIH IUAS DARI TIMUR TENGAH, MELIPUTI BUKAN SAHAJA NEGARA-NEGARA ARAB MALAH SESETENGAH NEGARA DI ASIA TENGAH, ASIA SELATAN, EROPAH MEDITERRANEAN DAN AFRIKA UTARA.